Tentang Blog Ini..

22150894.jpg

Blog ini bertujuan untuk mengumpul artikel-artikel di dalam Bahasa Melayu berkenaan Penyakit Kelamin (juga menterjemahkan artikel berbahasa Inggeris ke Bahasa Melayu) untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca yang berkenaan. Bukan bertujuan untuk mempamerkan bahan-bahan atau unsur lucah tetapi sekadar untuk berkongsi maklumat dan bahan bacaan untuk tujuan kesihatan.

Kebanyakan masyarakat Melayu kita umumnya masih menganggap masalah penyakit kelamin sebagai “taboo”, “sensitif” atau “tidak bermoral”, apatah lagi untuk dibincangkan. Apapun, sama ada kita suka atau tidak, Penyakit Kelamin adalah merupakan satu ancaman pada kesihatan yang semakin meningkat di negara kita.

Terdapat banyak artikel yang boleh diperolehi di Internet tetapi kebanyakannya ditulis dalam bahasa Inggeris atau mengandungi banyak “medical jargon” yang terlalu kompleks untuk difahami oleh sesetengah pihak. Dengan usaha yang tidak seberapa ini, diharap akan dapat membantu mereka yang berkenaan untuk lebih memahami penyakit yang mungkin, sedang atau telah mereka hidapi, seterusnya sedikit sebanyak mendidik diri kita dan anak bangsa kita untuk menjauhi seks luar nikah, setia pada pasangan serta mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat.

PERINGATAN & PENAFIAN:

MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN HANYALAH SEBAGAI MAKLUMAN SAHAJA DAN BUKAN UNTUK DIGUNAKAN BAGI MENGENALPASTI PENYAKIT ANDA.

SEKIRANYA ANDA MENGESYAKI ANDA TELAH DIJANGKITI PENYAKIT KELAMIN/STD, SILA BERJUMPA DENGAN DOKTOR ANDA ATAU KE KLINIK BERDEKATAN ANDA UNTUK MENDAPATKAN KEPASTIAN ATAU RAWATAN DENGAN SEGERA.

TIADA MANA-MANA LAMAN WEB ATAU KHIDMAT INTERNET YANG BOLEH MERAWAT PENYAKIT KELAMIN/STD, TETAPI MAKLUMAT YANG DIBERI MUNGKIN BOLEH MENJAWAB SOALAN-SOALAN ANDA.

IMEJ YANG DIPAPARKAN DI LAMAN INI ADALAH HAK MILIK KEKAL PEMILIK ASAL BERKENAAN DAN MUNGKIN DILINDUNGI HAK CIPTA TERPELIHARA.

%d bloggers like this: